Malam ni gua overnight. Semata-mata nak siapkan blog yang nak kena submit esok. Nasib baik overnight dengan dua orang awek gowjes. Ilham nak menulis blog ni tiba-tiba mencurah-curah bak hujan kat Melaka petang tadi bila ada diorang. Singgah ke CC, gua pun mula melepaskan maki hamun waktu nak menulis. Tapi gua sabar lagi, nak kaver depan aweks ni.
Jadi memandangkan tujuan gua ke CC adalah untuk siapkan blog ni, maka bersaksikan PC number 9 dengan diapit aweks kiri dan kanan, gua ketuk papan keyboard slow-slow supaya dapat menikmati momen-momen indah dengan diorang malam ni. Peh.
Selama 20 tahun hidup, ini kali pertama gua buat blog. Jadah apa ada dalam blog ni semua gua tak pernah nak tau pun. Mujur lecturer bagi esaimen ni baru gua tau macam mana nak tulis dan kendalikan blog. Terima kasih miss!
Sejak masuk UiTM dari tahun 2010, gua diajar dengan macam-macam benda secara formal dan tak formal. Secara formal disini bermaksud sesi pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Tak formal pula gua belajar dari pengalaman, pengamatan, persahabatan dan perempuan.
Hari pertama mendaftarkan diri sebagai Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan Universiti Teknologi MARA, Alor Gajah, Melaka, gua dah tanam dan pasak semangat yang jitu nak berjaya dalam bidang ni. Ditempatkan di Kolej Jebat selama 4 semester di tingkat 4, semakin hari semakin bercambah-cambah sayang gua kat kolej tempat tinggal gua ni. Memang dalam banyak-banyak kolej lelaki dalam UiTM Melaka ni, Kolej Jebat la paling lejen sekali. Mana gua tak sayang kolej ni.
Pelajar UiTM Melaka ni secara totalnya ada lebih 8000 orang setiap semester. Bersilih ganti keluar dan masuk. Bermakna, ramai juga manusia yang gua kenal disini keluar dan masuk dalam hidup gua. Semuanya meninggalkan kenangan dan pengalaman kepada gua. Ah, gua tak reti nak ulas panjang-panjang pasal manusia ni.
*nice bebey*
No comments:
Post a Comment